SELAMAT DATANG.... WELCOME....

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu demi kebaikan anak didik kita. InsyaAllah

25 November 2010

PENGENALAN

Pengukuran merupakan satu topik yang amat penting dalam Matematik KBSR kerana topik ini mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan sebenar. Mulai tahun hadapan (2011), murid-murid Tahun 1 akan mengalami perubahan kurikulum iaitu "Kurikulum Standard Sekolah Rendah" di mana murid-murid ini akan didedahkan lebih awal dengan topik pengukuran.

          Pengukuran amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap hari kita akan menggunakan ukuran. Antaranya ketika memasak, aktiviti jual beli, perubatan dan sebagainya. Oleh yang demikian, setiap daripada kita mesti menguasai atau sekurang-kurangnya mengetahui cara sebenar untuk mengukur apa sahaja yang melibatkan ukuran

          Ukuran dapat diukur dalam unit-unit standard piawai seperti liter dan mililiter. Selain itu, ukuran juga boleh diukur dengan menggunakan unit standard bukan piawai seperti cawan, gelas, botol dan sudu. Oleh itu, sebagai seorang guru kita hendaklah memberikan penerangan yang jelas tentang konsep pengukuran bagi mengelakkan salah faham terhadap konsep pengukuran yang sebenar.

          Masalah yang sering dialami oleh guru ketika mengajar topik isipadu cecair ialah murid-murid tidak dapat membezakan antara isipadu cecair yang banyak dengan  yang sedikit. Pada pemikiran murid-murid sekolah rendah, aras air yang akan menentukan yang mana lebih banyak tanpa mengaitkan dengan saiz dan bentuk bekas tersebut. Mereka hanya melihat pada ketinggian air tersebut sahaja. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mengandungi banyak air dan sebaliknya.

          Jadi, guru perlu memikirkan sesuatu cara iaitu dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan bagi menangani masalah ini di kalangan murid-murid.
                     

VIDEO - Measuring Volume by Peter Weatherall




Tayangan video ini amat sesuai bagi menerangkan konsep mengukur isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat untuk mendapat ukuran isipadu yang betul. Selain itu, ianya juga dapat menarik minat murid kerana dipersembahkan secara nyanyian berserta dengan tunjuk cara menyukat isipadu air. Aktiviti ini juga dapat membantu murid untuk memahami konsep pengukuran isipadu cecair. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengenal alat yang digunakan untuk menyukat isipadu air.

24 November 2010

AKTIVITI PENGAJARAN (UNTUK SEMUA MURID)

Aktiviti ini diterangkan kepada semua murid sebagai langkah permulaan
sebelum aktiviti mengikut aras murid dilakukan.

HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-
                                          murid dapat:
                    
                                                1. Membanding beza antara penuh, separuh penuh
                                                    dan kosong.
                                                2. Mengaplikasikan konsep penuh, separuh
                                                    penuh dan kosong dalam kehidupan seharian.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


PROSEDUR:

1. Penerangan guru mengenai konsep penuh, separuh penuh dan kosong.


2. Guru menyediakan 3 botol mineral yang mempunyai saiz yang sama dan
    label berlainan.

BOTOL MINERAL


3. Guru menuang air ke dalam botol A sehingga penuh dan menerangkan
    konsep penuh kepada murid.

PENUH

BANDINGAN

4. Guru menuang air ke dalam botol B separuh penuh sahaja dan menerangkan
    konsep separuh penuh kepada murid.

SEPARUH PENUH

BANDINGAN

5. Selepas itu, guru menerangkan konsep kosong dengan tidak mengisi air
    ke dalam botol C.

KOSONG

6. Guru membuat rumusan tentang konsep-konsep tersebut.

RUMUSAN (BANDINGAN)



BAHAN BANTU MENGAJAR (MURID BERPENCAPAIAN TINGGI)

AKTIVITI 1

BALANG A

BALANG B

BALANG C

BALANG D

BALDI


CAWAN POLISTRIN


AKTIVITI 2

BALANG A

BALANG B

SENDUK

23 November 2010

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MURID BERPENCAPAIAN TINGGI)

A.      Hasil Pembelajaran:    Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
                                               1. Menganggar isipadu cecair bagi setiap balang.
                                               2. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan
                                                   unit-unit bukan piawai.
                                               3. Membuat perbandingan isipadu cecair yang
                                                   terdapat dalam setiap bekas dan balang.

B.      Bahan Bantu Mengajar1. Balang berlainan saiz
                                                   2. Baldi
                                                   3. Cawan Polistrin
                                                   4. Senduk
AKTIVITI 1

 AKTIVITI 2

C.      Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :

AKTIVITI 1

1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan
    mewakili 5 orang murid.
2. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua yang bertindak sebagai
    pencatat kepada aktiviti yang akan dilakukan.
3. Guru mengedarkan 4 balang berlainan saiz, 4 cawan polistrin dan sebaldi air
    kepada setiap kumpulan.
4. Guru meminta murid membuat anggaran bilangan cawan polistrin yang akan
    digunakan untuk memenuhi setiap balang tersebut.
5. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat anggaran yang telah dibuat di dalam
    lembaran yang diberikan.
6. Guru memberi penerangan kepada murid cara mengukur isipadu bagi setiap
    balang.
7. 4 murid di dalam setiap kumpulan diminta mengisi air ke dalam balang yang
    telah dilabelkan tersebut dengan menggunakan cawan polistrin sambil
    membilang jumlah cawan yang digunakan untuk memenuhi balang-balang
    tersebut.
8. Ketua kumpulan bertindak mencatat hasil dapatan daripada aktiviti yang telah
    dilakukan.



9. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan bagi kumpulan masing-masing.
10. Guru menerapkan kepada murid, tidak semestinya balang besar akan
      mengandungi isipadu air yang banyak. Ianya hendaklah diukur sebelum
      membuat penilaian ataupun rumusan.

AKTIVITI 2
11. Seterusnya guru mengedarkan 2 balang berlainan saiz yang mengandungi
      air, baldi kosong dan 2 batang senduk.
12. Murid dikehendaki menceduk air yang terdapat di dalam setiap balang ke
      dalam baldi kosong sambil mengira bilangan senduk yang digunakan.
13. Ketua dikehendaki mencatat bilangan senduk yang digunakan untuk mengisi
      air di dalam kedua-dua balang tersebut dan membentangkannya.



14. Guru membuat rumusan tentang kedua-dua aktiviti yang dilakukan.


D.      Lembaran Kerja :



22 November 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR (MURID BERPENCAPAIAN RENDAH)

BOTOL MINERAL

JUG

CAWAN POLISTRIN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MURID BERPENCAPAIAN RENDAH)



A.      Hasil Pembelajaran:   Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
                                           1. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan 
                                               unit-unit bukan piawai.
                                           2. Membuat perbandingan isipadu cecair yang 
                                               terdapat dalam setiap bekas.

B.      Bahan Bantu Mengajar:   1. Jug
                                                     2. Botol Mineral
                                                     3. Cawan Polistrin

C.      Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan mewakili 
    4 orang murid.
2. Guru melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.
3. Guru mengedarkan satu jug dan satu botol mineral yang berisi air serta 12 biji 
    cawan polistrin kepada setiap kumpulan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan isipadu air yang terdapat 
   di dalam bekas yang disediakan.
5. Guru memberi penerangan cara menjalankan aktiviti di mana murid secara 
    bergilir-gilir dikehendaki menuang air di dalam setiap bekas ke dalam cawan 
    polistrin.
6. Murid membilang bilangan cawan yang digunakan untuk mengisi setiap bekas 
    tersebut.
7. Ketua mencatat hasil dapatan daripada aktiviti yang dilakukan.



8. Guru membimbing murid membuat rumusan bekas yang banyak mengisi air.

D.      Lembaran Kerja :


AKTIVITI PENGAYAAN (PERMAINAN)

A.    Bahan Bantu Mengajar : 1. Baldi berisi air
                                                  2. Straw
                                                  3. Botol Mineral

B.    Prosedur:

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan ( campuran murid
    berpencapaian tinggi dan rendah ).

2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan tampil ke hadapan
    untuk mengambil barang yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti ini.

3. Setiap kumpulan diberikan sebaldi air, straw dan botol mineral.

4. Guru memberi penerangan kepada murid bagaimana permainan ini dilakukan.

5. Setiap murid dikehendaki mengisi botol mineral yang kosong dengan
    menggunakan air yang terdapat di dalam baldi menggunakan straw
    secara bergilir-gilir mengikut masa yang ditetapkan.

6. Setiap kumpulan diperuntukan masa selama 3 minit sahaja.

7. Setelah tamat masa yang ditetapkan, guru akan mengambil botol daripada
    setiap kumpulan untuk membuat perbandingan kandungan isipadu air.

8. Kumpulan yang paling banyak isipadu air di dalam botol mineral adalah
    pemenangnya dan guru memberikan sedikit ganjaran kepada kumpulan
    yang menang.



KESIMPULAN

Penggunaan bahan bantu mengajar bagi topik ini amat penting supaya murid dapat mengaitkan konsep pengukuran isipadu cecair yang sebenar dengan menggunakan benda maujud dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Bahan bantu mengajar dapat membantu kita menyampaikan isi pelajaran dengan tepat selain membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak.

          Selain daripada itu, bahan bantu mengajar dapat meransang minat pelajar supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Pelajar juga dapat menjalankan aktiviti dengan kaedah inkuiri-penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar.

         Oleh itu, guru dapat mengesan kesalahan konsep yang dialami oleh pelajar dengan serta-merta dan dapat memperbetulkannya dengan menjalankan aktiviti yang boleh difahami oleh pelajar. Pelajar pula dapat membetulkan konsep mereka setelah melakukan aktiviti yang bersesuaian.

RUJUKAN

Murugiah, Kao Thuan Keat. (2010). HBMT210 Teaching Mathematics in Year Two. Selangor. Open University Malaysia.

Liew Su Tim, Cham Juat Eng.(2003). Mathematics Activity Book (Part 2). Selangor. YPJ Publication & Distributions.

Liew Su Tim, Cham Juat Eng.(2003). Mathematics Textbook(Part 2). Selangor. YPJ Publication & Distributions.