A. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan
unit-unit bukan piawai.
2. Membuat perbandingan isipadu cecair yang
terdapat dalam setiap bekas.
B. Bahan Bantu Mengajar: 1. Jug
2. Botol Mineral
3. Cawan Polistrin
C. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan mewakili
4 orang murid.
2. Guru melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan.
3. Guru mengedarkan satu jug dan satu botol mineral yang berisi air serta 12 biji
cawan polistrin kepada setiap kumpulan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan isipadu air yang terdapat
di dalam bekas yang disediakan.
5. Guru memberi penerangan cara menjalankan aktiviti di mana murid secara
bergilir-gilir dikehendaki menuang air di dalam setiap bekas ke dalam cawan
polistrin.
6. Murid membilang bilangan cawan yang digunakan untuk mengisi setiap bekas
tersebut.
8. Guru membimbing murid membuat rumusan bekas yang banyak mengisi air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan