SELAMAT DATANG.... WELCOME....

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu demi kebaikan anak didik kita. InsyaAllah

22 November 2010

KESIMPULAN

Penggunaan bahan bantu mengajar bagi topik ini amat penting supaya murid dapat mengaitkan konsep pengukuran isipadu cecair yang sebenar dengan menggunakan benda maujud dan dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Bahan bantu mengajar dapat membantu kita menyampaikan isi pelajaran dengan tepat selain membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak.

          Selain daripada itu, bahan bantu mengajar dapat meransang minat pelajar supaya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Pelajar juga dapat menjalankan aktiviti dengan kaedah inkuiri-penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan bahan bantu mengajar.

         Oleh itu, guru dapat mengesan kesalahan konsep yang dialami oleh pelajar dengan serta-merta dan dapat memperbetulkannya dengan menjalankan aktiviti yang boleh difahami oleh pelajar. Pelajar pula dapat membetulkan konsep mereka setelah melakukan aktiviti yang bersesuaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan