SELAMAT DATANG.... WELCOME....

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu demi kebaikan anak didik kita. InsyaAllah

25 November 2010

PENGENALAN

Pengukuran merupakan satu topik yang amat penting dalam Matematik KBSR kerana topik ini mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan sebenar. Mulai tahun hadapan (2011), murid-murid Tahun 1 akan mengalami perubahan kurikulum iaitu "Kurikulum Standard Sekolah Rendah" di mana murid-murid ini akan didedahkan lebih awal dengan topik pengukuran.

          Pengukuran amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap hari kita akan menggunakan ukuran. Antaranya ketika memasak, aktiviti jual beli, perubatan dan sebagainya. Oleh yang demikian, setiap daripada kita mesti menguasai atau sekurang-kurangnya mengetahui cara sebenar untuk mengukur apa sahaja yang melibatkan ukuran

          Ukuran dapat diukur dalam unit-unit standard piawai seperti liter dan mililiter. Selain itu, ukuran juga boleh diukur dengan menggunakan unit standard bukan piawai seperti cawan, gelas, botol dan sudu. Oleh itu, sebagai seorang guru kita hendaklah memberikan penerangan yang jelas tentang konsep pengukuran bagi mengelakkan salah faham terhadap konsep pengukuran yang sebenar.

          Masalah yang sering dialami oleh guru ketika mengajar topik isipadu cecair ialah murid-murid tidak dapat membezakan antara isipadu cecair yang banyak dengan  yang sedikit. Pada pemikiran murid-murid sekolah rendah, aras air yang akan menentukan yang mana lebih banyak tanpa mengaitkan dengan saiz dan bentuk bekas tersebut. Mereka hanya melihat pada ketinggian air tersebut sahaja. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menganggar bekas mana yang mengandungi banyak air dan sebaliknya.

          Jadi, guru perlu memikirkan sesuatu cara iaitu dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan bagi menangani masalah ini di kalangan murid-murid.
                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan